Monday, July 14, 2008

Perhimpunan desak mansuh ISA


Athi Veeranggan Jun 8, 08 1:00pm



Sambil membawa lilin, kira-kira 1,000 rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latarbelakang, berjalan sejauh kira-kira empat kilometer dan memgadakan upacara membantah ISA di luar Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak malam tadi.

Dalam perhimpunan terbesar pernah dianjurkan oleh Gerakan mansuhkan ISA (GMI), mereka membawa kain rentang dan mendesak kerajaan memansuhkan segera undang-undang kejam, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan membebaskan semua tahanan di situ.

Pasukan polis pencegah rusuhan hadir memantau keadaan dan perjalanan lalulintas juga tidak terganggu.

Polis mengadakan beberapa sekatan jalanraya untuk memeriksa kenderaan antara tol plaza Lebuhraya Utara-Selatan di Kamunting dan Changkat Jering, dan sehingga ke kem tahanan tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak menjejas dan menghalang orang ramai untuk ke kem tersebut, dengan menaiki kereta, bas, motosikal dan ada yang berjalan kaki.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh mengetuai perarakan tersebut yang disertai golongan dewasa hingga kepada kanak-kanak, mulai jam 8 malam, dari SM Teknik Taiping yang terletak berhampiran kem tersebut.

Dengan menggunakan pembesar suara, beliau berucap mengecam ISA sebagai undang-undang yang kejam, yang menafikan hak-hak asasi rakyat Malaysia untuk mempertahankan diri di mahkamah.

Perhimpunan malam tadi, tegasnya, adalah untuk menghantar mesej bahasa ISA merupakan satu bab kegelapan dalam sistem keadilan negara.

Menurutnya, ISA adalah undang-undang yang tidak berperi kemanusiaan.

Oleh itu, katanya, ISA mesti dimansuhkan dan semua tahanan dibebaskan dan Kem Tahanan Kamunting ditutup.


Sambungan : http://www.malaysiakini.com/news/84143


No comments: